Blogger Layouts

Saturday, June 22, 2013

Trip to Kuala Terengganu

Cuti owh cuti..happynye..planning dr 2 bulan yang lepas..book hotel segala...survey attraction places. Akhirnya....TERENGGANU!!!! Yaya datang!!! (^,^)

2 bulan sebelum.
Tarikh yang yaya nak pergi ni minggu pertama cuti sekolah. Wah...mesti meriah. Jadinya, sebelum ada yang tidur kat dalam kereta..tepi jalan...yaya decided untuk book hotel. Kat mana lagi. Di agoda.com lah. Tak tau kenape yaya lebih senang tuk booking di agoda.com berbanding yang lain. Tak kisahlah booking mcm mana pun. Yang penting happy. Haha. Pilih punye pilih akhirnya Intan Beach Resort, Pantai Batu Buruk menjadi lokasi penginapan. Bermula je dari tarikh booking hotel yaya dengan si adik (adik yaya) berangan setiap hari.

Contoh situasi berangan.
Perjalanan untuk menghantar si adik ke sekolah.
Yaya:eh! Jgnla on aircond. Kita buka tingkap.
Si adik : ok!
Yaya : Wah!!!segarnya udara. Terasa macam menghirup udara terengganu!
Si adik: a'ahla.. bestnye. Ada bau pantai.
Haha..situasi ni berlaku berulang kali selama 2 bulan. Boleh bayang x?..haha..punyelah excited nak pergi. :p

Day 1 (ahad)
Seawal pagi jam 5.30 pagi da bangun dan bersiap2. Nak tinggal rumah kenelah cek segala benda. Gas, air, elekyrik, sampah bla3..akhirnya jam 6.45 pagi da berada di luar rumah. Yang penting kenelah buang sampah. Klau x......eeeee...
Kawasan rumah yaya ni ada dapat tong sampah dari SWM.setiap rumah dapat. Jadinye dengan penuh semangat si adik sedia membantu membuang sampah. Tapi, tiba2 si adik berhenti di depan pagar dgn sampah di tangan merintih. "Ala....mana tong sampah kite...huk3"...hilang...hua....jadinye perjalanan delayed sbb pergi mencari tong sampah. Huhu...sadis di pagi hari (T, T)...at last kitorg gerak dr selatan johor ni tepat jam 7.20 minit pagi.
Kitorang menuju ke terengganu  melalui jalan segamat-muazzam-gambang-kemaman-dungun-kuala terengganu. Mana tau jalan? Ape lagi. Research lah. Teknologi kan dah canggih... click je google map. Selesai masalah. Hehe..
Dalam perjalanan tu Yaya singgah kuantan sebab ambil si abang (adik yaya). Lepas tu adalah berhenti di Pantai Kelulut. Berhenti makan. Lapor sangat dah. Laut yang membiru pantai yang memutih dihiasi pula pemandangan Pulau Kapas....angin sepoi2..fuh! Superb!Akhirnya sampai di hotel jam 3.30 petang. Rehat! Bangun semula asar..uuu~yaya demam plak. Tapi tu bukan penghalang. Hehe. Lepas maghrib kitorang pusing bandar KT. Meriah dgn nombor plat kereta yang pelbagai..cuti sekolah lah katekan. Hotel semua naek signboard full house. Balik tu singgah makan di sekitar kawasan hotel. Banyak pilihan. ;)

Day 2 (Isnin)
Semangat kami adik bradik. Jam 7.00 pagi kami bersiap tuk ke pantai yang jaraknye hanya sekangkang semut. Kawasan pantai sini kita dapat menikmati sunrise view. Kalau sunset silalah ke Port Dickson ye. Tak sangka kat terengganu ni cepat siang tapi lambat gelap. 6.30 pagi dah macam 7.00 pagi, 8.00 malam macam 7.00 malam. Macam tipu kan? Hoho~
Jam 8.00 pagi kitorg dah naik kereta untuk pergi cari sarapan. Di mana? Jeng3.. Pasar Besar Payang. Seriously puas hati! Yaya makan nasi dagang. Superb sedap. Si adik pn sama. Si abang makan laksam. Puas hati! Lepas tu jalan2 sekitar pasar.

Dah habis pusing pasar kami pusing2 bandar menuju ke Muzium Negeri@Muzium Losong. Besar kot! Semput! Si adik dan si adik sibuk nak cari batu bersurat. Dah habis pusing barulah jumpe. Rupanya batu tu duk dekat kawasan entrance. Adoi! Awat tadi blh tak prasan pun tak tau pasai apa. Surrender. Tiket dewasa RM5. Berbaloi. Tambahan pula tiket tu berbentuk poskad. Ape lagi. Kami duk pakat pi hantaq kat mak pak kami la (alamak..dah tertukar slang..haha) lepas dah penat dalam muzium kami menuju ke Pusat Tamadun Islam dan berhenti di Mesjid Kristal.

Yang paling best keropok lekor di Seberang Takir. Superb. Untuk beli bawa balik kkta perlu ambil nombor giliran. Nombor kitorang 1176. Nombor sekarang? 1102. nampak tak betapa sedapnya keropok ni. Taken..rileks. pergi makan dulu. After 1 hour...jeng3...nombor gilirannya ialah....1109!!!! Aaaa!!!! Sekarang ni..nampak tak betapa ramainya dan banyaknye orang membeli. Huhu...
Aktiviti petang ape lagi. Berendam dalam air laut. (^,^).

Day 3 (selasa)
Seawal 5.30 pagi kitorang bersiap untuk keluar. Plan? Breakfast di tepi pantai sambil menikmati sunrise.  Jam 6.30 pagi kitorang dalam sejarah shopping sakan di 7 eleven untuk beli sarapan. Cashier 7E tu kata, sarapan di sini paling awal jam 7.30-8.00 pagi. Takpelah. Kami pun beli rori sebantal, tuna 2 tin, fresh orange, susu HL, mineral water, roti gardenia ikan bilis comel2 tu 3. Haha.. bentang tikar (yang memang sentiasa stand by di bonet) letak makanan dan makan! Serious romantic kitorg dik bradik. Haha. Perasan!

Kami check out jam 7.30 pagi memandangkan perjalanan balik pun jauh. Dengan traffic jam segala. Alhamdulillah sampai di rumah around 5 pm.

Info Intan Beach Resort.
Lokasi yang strategik dan sangat selesa. Sekitarnya ada 7 eleven, hospital, stadium, mesjid, tempat makan, kawasan rekreasi awam, pemandangan pantai yang cantik dan harganya yang sangat berpatutan (sila rujuk agoda.com) Sangat berpuas hati. Kalau ada kesempatan ke terengganu lagi yaya tak teragak2 untuk pilih penginapan ni. ;)

Sekian, tamat perjalanan kali ini. (^,^)/

Friday, June 14, 2013

Trip to Kota Kinabalu, Sabah

Akhirnya sampai juga yaya kat sabah ni. Sangat teruja. Yaya pergi 3 hari 2 malam dgn kwn yaya. Hari jumaat sampai ahad. Tapi, jumaat tu yaya kerja. Jadinye yaya amek tiket malam. Inilah kisahku.

Hari Jumaat.
Kelam kabut yaya kemas baju lepas balik kerja. Tapi, disebabkan penat yang konon2nye terlampau...yaya amek keputusan tuk tido je..haha..yaya naik dari airport senai, jb. Sampai d Kota Kinabalu jam 11.25 malam. Ayark!!!! Ngokngek2 jln kedek2 smpai kat pintu airport da jam 12 malam..Seb baek ad perkhidmatan airport taxi. Charge RM45. Avanza best, cantik, kemas dan beraircond. Haha..gedik je. Samapai di hotel terase lapar teramat. Ya ampunnnn...tp yaya dah stand by megi cup tom yam. Dah kenyang ape lagi..tido. (^,^)/
Hotel yg yaya nginap ni betul2 kat area bandar and almost strategic. Walaupun 1 bintang je..yaya nk bagi bintang byk2 sbb bilik selesa, service baik &friendly staff. Yaya book kat agoda.com. nama hotel:pantai inn.

Hari sabtu.
Seawal pagi jam 6 da mcm jam 7 d semenanjung. Tekejut! Trus membesarkn mate. Rase rugi plak bgn lewat (lewat ke?)..jam 7 yaya n kwn yaya da kuar dr hotel. Oh mak kau! Baru prasan. Depan hotel ni the store..ade hentian teksi..ade bas...wah!! Teruja lagi..haha...kitorg sarapan kat kedai blkg hotel. Makan biasa je. Xdela yg pelik2 cam ayam tergolek ke..lembu tegolek ke..hoho~.. pastu kitorg pegi ke Atkinston Clock and observation tower..warghh! Gagah sungguh..berjalan kaki u ol..perjalanan plak mcm naik cameron highlands. Klau kat smenanjung xdak maknenyer den nk daki bukit ni..haha..lepak kejap kat atas bukit then turun semula n heading to ferry terminal located at jesselton point. Skali lagi gagah dan gigih berjalan! ( xjauh pn sbnrnyer...)..kat ferry teeminal ni jual tiket ke pulau2..pulau gaya, pulau manukan, pulau memutik (cam pelik je bunyinye..btl ke aek?)..lokasi...seyes cantik..pastu kitorg gerak dgn gigihnye menyusuri tebing laut...jumpela pasar ikan..paasar kraftangan...and lastly we all stop at waterfront.. waktu tu jam 2 petang. Kitorg benti makan. Dgn pemandangan yg cantik..angin sepoi2 bahasa yang liuk meliuk...sangat best..jam 3 baru kitorg gerak smula dgn kudrat 2 kaki ini..hoho~
Sblm balik hotel kitorg singgah post office. Tujuan? Anta poskad from KK..haha...tringat zaman dlu2 anta poskad..anta kt umah sndiri je pun! Haha..post office pn xjauh..dekat je dgn hotel..smpai di hotel pe lagi..on aircond masuk slimut n tdo. Tapi...tibe2...ayark!...kakiku cramp!!!!! Tp tu bkn penghalang tuk diriku keluar berjln2 lagi ke pantai tg aru petang tu tuk tgk sunset. Subhanallah..sgt indah ciptaan Allah. Pantai dan ombaknye seyesly xsma mcm di semenanjung.malm blk hotel n tdo. Menghilangkn keletihan menapak sepanjang hari.

Hari ahad
Hari ni bgn awal sikit. Jam 5.30 da celik..hehe..bersiap..tgk jam da 6.15. Selak jendela peh! Dah terang tang tang...aik..ade plak pasar d blkg ni..yippie!! Heaven! (Suke tgk pasar)..
6.30 kitorg dah turun menuju ke sunday market which is actually located just behind the hotel..so..kuak je pintu hotel da nampak kemeriahan sunday market seawal 6.30 pagi!..tgk..usha..kuar duit...jam 7.45 kitorg naik hotel. Packing n at 8 am we all check out..huhu..time to go home..amek teksi..to go to the airport they charge rm30. Okla..xyah nak menapak. Smpai di airport we all breakfast KFC..hehe..at 10.10 kitorg bye2 to KK..then...tadaaa...around 12.20 da smpai airport senai..

THE END. (^,^)/