Cuti owh cuti..happynye..planning dr 2 bulan yang lepas..book hotel segala...survey attraction places. Akhirnya....TERENGGANU!!!! Yaya datang!!! (^,^)
2 bulan sebelum.
Tarikh yang yaya nak pergi ni minggu pertama cuti sekolah. Wah...mesti meriah. Jadinya, sebelum ada yang tidur kat dalam kereta..tepi jalan...yaya decided untuk book hotel. Kat mana lagi. Di agoda.com lah. Tak tau kenape yaya lebih senang tuk booking di agoda.com berbanding yang lain. Tak kisahlah booking mcm mana pun. Yang penting happy. Haha. Pilih punye pilih akhirnya Intan Beach Resort, Pantai Batu Buruk menjadi lokasi penginapan. Bermula je dari tarikh booking hotel yaya dengan si adik (adik yaya) berangan setiap hari.
Contoh situasi berangan.
Perjalanan untuk menghantar si adik ke sekolah.
Yaya:eh! Jgnla on aircond. Kita buka tingkap.
Si adik : ok!
Yaya : Wah!!!segarnya udara. Terasa macam menghirup udara terengganu!
Si adik: a'ahla.. bestnye. Ada bau pantai.
Haha..situasi ni berlaku berulang kali selama 2 bulan. Boleh bayang x?..haha..punyelah excited nak pergi. :p
Day 1 (ahad)
Seawal pagi jam 5.30 pagi da bangun dan bersiap2. Nak tinggal rumah kenelah cek segala benda. Gas, air, elekyrik, sampah bla3..akhirnya jam 6.45 pagi da berada di luar rumah. Yang penting kenelah buang sampah. Klau x......eeeee...
Kawasan rumah yaya ni ada dapat tong sampah dari SWM.setiap rumah dapat. Jadinye dengan penuh semangat si adik sedia membantu membuang sampah. Tapi, tiba2 si adik berhenti di depan pagar dgn sampah di tangan merintih. "Ala....mana tong sampah kite...huk3"...hilang...hua....jadinye perjalanan delayed sbb pergi mencari tong sampah. Huhu...sadis di pagi hari (T, T)...at last kitorg gerak dr selatan johor ni tepat jam 7.20 minit pagi.
Kitorang menuju ke terengganu melalui jalan segamat-muazzam-gambang-kemaman-dungun-kuala terengganu. Mana tau jalan? Ape lagi. Research lah. Teknologi kan dah canggih... click je google map. Selesai masalah. Hehe..
Dalam perjalanan tu Yaya singgah kuantan sebab ambil si abang (adik yaya). Lepas tu adalah berhenti di Pantai Kelulut. Berhenti makan. Lapor sangat dah. Laut yang membiru pantai yang memutih dihiasi pula pemandangan Pulau Kapas....angin sepoi2..fuh! Superb!Akhirnya sampai di hotel jam 3.30 petang. Rehat! Bangun semula asar..uuu~yaya demam plak. Tapi tu bukan penghalang. Hehe. Lepas maghrib kitorang pusing bandar KT. Meriah dgn nombor plat kereta yang pelbagai..cuti sekolah lah katekan. Hotel semua naek signboard full house. Balik tu singgah makan di sekitar kawasan hotel. Banyak pilihan. ;)
Day 2 (Isnin)
Semangat kami adik bradik. Jam 7.00 pagi kami bersiap tuk ke pantai yang jaraknye hanya sekangkang semut. Kawasan pantai sini kita dapat menikmati sunrise view. Kalau sunset silalah ke Port Dickson ye. Tak sangka kat terengganu ni cepat siang tapi lambat gelap. 6.30 pagi dah macam 7.00 pagi, 8.00 malam macam 7.00 malam. Macam tipu kan? Hoho~
Jam 8.00 pagi kitorg dah naik kereta untuk pergi cari sarapan. Di mana? Jeng3.. Pasar Besar Payang. Seriously puas hati! Yaya makan nasi dagang. Superb sedap. Si adik pn sama. Si abang makan laksam. Puas hati! Lepas tu jalan2 sekitar pasar.
Dah habis pusing pasar kami pusing2 bandar menuju ke Muzium Negeri@Muzium Losong. Besar kot! Semput! Si adik dan si adik sibuk nak cari batu bersurat. Dah habis pusing barulah jumpe. Rupanya batu tu duk dekat kawasan entrance. Adoi! Awat tadi blh tak prasan pun tak tau pasai apa. Surrender. Tiket dewasa RM5. Berbaloi. Tambahan pula tiket tu berbentuk poskad. Ape lagi. Kami duk pakat pi hantaq kat mak pak kami la (alamak..dah tertukar slang..haha) lepas dah penat dalam muzium kami menuju ke Pusat Tamadun Islam dan berhenti di Mesjid Kristal.
Yang paling best keropok lekor di Seberang Takir. Superb. Untuk beli bawa balik kkta perlu ambil nombor giliran. Nombor kitorang 1176. Nombor sekarang? 1102. nampak tak betapa sedapnya keropok ni. Taken..rileks. pergi makan dulu. After 1 hour...jeng3...nombor gilirannya ialah....1109!!!! Aaaa!!!! Sekarang ni..nampak tak betapa ramainya dan banyaknye orang membeli. Huhu...
Aktiviti petang ape lagi. Berendam dalam air laut. (^,^).
Day 3 (selasa)
Seawal 5.30 pagi kitorang bersiap untuk keluar. Plan? Breakfast di tepi pantai sambil menikmati sunrise. Jam 6.30 pagi kitorang dalam sejarah shopping sakan di 7 eleven untuk beli sarapan. Cashier 7E tu kata, sarapan di sini paling awal jam 7.30-8.00 pagi. Takpelah. Kami pun beli rori sebantal, tuna 2 tin, fresh orange, susu HL, mineral water, roti gardenia ikan bilis comel2 tu 3. Haha.. bentang tikar (yang memang sentiasa stand by di bonet) letak makanan dan makan! Serious romantic kitorg dik bradik. Haha. Perasan!
Kami check out jam 7.30 pagi memandangkan perjalanan balik pun jauh. Dengan traffic jam segala. Alhamdulillah sampai di rumah around 5 pm.
Info Intan Beach Resort.
Lokasi yang strategik dan sangat selesa. Sekitarnya ada 7 eleven, hospital, stadium, mesjid, tempat makan, kawasan rekreasi awam, pemandangan pantai yang cantik dan harganya yang sangat berpatutan (sila rujuk agoda.com) Sangat berpuas hati. Kalau ada kesempatan ke terengganu lagi yaya tak teragak2 untuk pilih penginapan ni. ;)
Sekian, tamat perjalanan kali ini. (^,^)/


